Thursday, 17 May 2012

The Art of Money Defense

                Para pembaca pasti tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan “seni pertahanan wang” ini? (Kalau seni pertahanan diri pernahlah didengarnya) Jangan risau, saya di sini untuk menjawab persoalan anda. Pembaca pasti pernah menonton kisah berkisarkan kemerdekaan yang bertajuk Leftenan Adnan. Di mana, ia berkisarkan pertempuran yang sengit di antara tentera Komunis dengan Tentera Malaya bertempat di Bukit Kepong. Kalau kita lihat, adanya unsur “serang” di pihak komunis dan juga unsur “bertahan” di pihak Tentera Malaya. Begitu juga pada kewangan peribadi kita, “duit poket” kita, adanya unsur “serang” dan “bertahan”. Unsur “serang” merujuk kepada USAHA pembaca dalam MENAMBAHKAN lagi pendapatan, samada melalui kerja sampingan, simpanan, mahupun pelaburan. Anda melakukan “serangan” terhadap kawasan sekeliling anda untuk mendapatkan HASIL atau pendapatan tambahan pada diri sendiri. Manakala unsur “bertahan” merujuk kepada usaha memastikan duit yang ada pada pembaca dilindungi daripada keadaan luar jangka yang mana boleh MELENYAPKAN DUIT YANG TELAH ANDA SIMPAN SELAMA SETAHUN. Antara punca kehilangan duit anda adalah disebabkan kemalangan jalan raya mahupun pembedahan penyakit. (Ini fakta benar dan berlaku dalam rakyat Malaysia) 
                Tapi persoalannya di manakah boleh kita belajar “seni pertahanan wang” ini? Susah sangat kah untuk pelajari ilmu ini? Jawapannya, mestilah… tak….. Sebaliknya, anda hanya perlu bertanya pada individu yang sepatutnya sahaja. Adakah ia memerlukan modal? YA, memang memerlukan modal. Hatta Siti Maryam yang kelaparan dan sedang melarat mengandungkan Nabi Isa a.s. juga terpaksa menggoncang pokok kurma  apatah lagi kita yang bukan taraf alim dan Nabi. Walhal, ALLAH SWT boleh sahaja menyuruh pokok untuk menjatuhkan buahnya tetapi tidak. ALLAH SWT mahu juga kita berusaha, walaupun sedikit. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, “seni pertahanan wang” yang saya maksudkan merujuk kepada SKIM PERUBATAN DIRI di bawah syarikat Takaful. (Saya boikot sistem ekonomi konvensional, saya tidak sokong insuran. HARAM hukumnya). Suka saya ingatkan, bahawa Takaful dan Insuran bukan perkara yang sama, andai pembaca dalami sungguh intipatinya, pasti anda dapati perbezaan yang ada.

                Bagaimana ia berfungsi? Saya ambil contoh satu syarikat Takaful yang terkenal, iaitu MAA Takaful Berhad. Di mana syarikat ini menawarkan produk PERUBATAN DIRI yang bernama SmartMedic 100. Dengan pembelian perubatan diri yang berharga RM600+* itu boleh memastikan duit simpanan, dan baki duit gaji pembaca tidak akan terusik apabila anda terpaksa dibedah disebabkan kemalangan yang menimpa, walaupun memerlukan kos rawatan berbelas ribu*.

Jika anda lihat pada rajah yang telah yang lakarkan, pasti anda dapat mengenal pasti kelebihan bagi mereka yang memiliki skim perubatan diri. Bila berlakunya kemalangan dan masuk hospital, gaji dan simpanannya tidak terusik langsung kerana kos pembedahan itu telah ditanggung oleh syarikat Takaful. Berbanding dengan mereka yang tidak memiliknya, di mana mereka terpaksa menggunakan duit gaji dan mengeluarkan semua simpanan yang ada untuk membayar kos pembedahan. Andai pembaca bijak, pasti pembaca mengambil keputusan memiliki skim perubatan diri.
                Oleh itu, carilah individu yang berkenaan seperti ejen Takaful untuk meminta khidmat nasihat tentang “seni pertahanan wang” ini. Terpulang pada pembaca untuk memilih syarikat Takaful di Malaysia ini. Kalau ditanyakan pendapat saya, semestinya saya mengsyorkan syarikat MAA Takaful Berhad pada pembaca . Akhir kata, moga-moga penerangan singkat di atas mampu memberi gambaran tentang betapa pentingnya untuk memiliki skim perubatan diri ini. Wallahu’alam.
*Mengikut pada syarat dan kelayakan.
mestilah... tak...

No comments:

Post a Comment