Thursday, 17 May 2012

The Art of Money Defense

                Para pembaca pasti tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan “seni pertahanan wang” ini? (Kalau seni pertahanan diri pernahlah didengarnya) Jangan risau, saya di sini untuk menjawab persoalan anda. Pembaca pasti pernah menonton kisah berkisarkan kemerdekaan yang bertajuk Leftenan Adnan. Di mana, ia berkisarkan pertempuran yang sengit di antara tentera Komunis dengan Tentera Malaya bertempat di Bukit Kepong. Kalau kita lihat, adanya unsur “serang” di pihak komunis dan juga unsur “bertahan” di pihak Tentera Malaya. Begitu juga pada kewangan peribadi kita, “duit poket” kita, adanya unsur “serang” dan “bertahan”. Unsur “serang” merujuk kepada USAHA pembaca dalam MENAMBAHKAN lagi pendapatan, samada melalui kerja sampingan, simpanan, mahupun pelaburan. Anda melakukan “serangan” terhadap kawasan sekeliling anda untuk mendapatkan HASIL atau pendapatan tambahan pada diri sendiri. Manakala unsur “bertahan” merujuk kepada usaha memastikan duit yang ada pada pembaca dilindungi daripada keadaan luar jangka yang mana boleh MELENYAPKAN DUIT YANG TELAH ANDA SIMPAN SELAMA SETAHUN. Antara punca kehilangan duit anda adalah disebabkan kemalangan jalan raya mahupun pembedahan penyakit. (Ini fakta benar dan berlaku dalam rakyat Malaysia) 

Nak belajar pun sombong....

            Apabila sudah lama sunyi, kini kembali bersuara pula. Kesibukan di tempat kerja menjadi salah satu halangan kepada saya untuk menulis. Namun, demi mencapai impian untuk menjadi seorang penulis yang berjaya, saya perlu sentiasa mengasah jari dan minda untuk menjana idea atau cerita yang berinformasi kepada pembaca. Para pembaca sekalian, aktiviti penulisan ini saya bermula sejak tahun lepas lagi, di mana saya telah membuat “posting” terhadap beberapa topik dengan harapan mendapat komentar yang bernas dari pembaca untuk saya baiki kelemahan. Tidak cukup dengan komentar dari pembaca, saya telah membeli sebuah buku bertajuk “Jutawan Penulis” yang dikarang oleh Nimoiz TY. Beliau mengupas tentang cara-cara untuk menjadikan penulisan ini sebagai sumber pendapatan kita. Bahkan saya tahu, bukan saya sahaja yang bercita-cita untuk menjadi kaya, malah pembaca sendiri telah menurap jalan mengikut acuan sendiri dalam menjadi seorang yang kaya-raya, betul tak? (senyum sikit…)

Friday, 23 December 2011

U ada hati pada I?! I sudah bertunang!


Alhamdullilah… Syukur kepada ALLAH SWT yang telah memberi lagi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan ini, dan dengan beribadat kepadaNYA sahaja mampu menunjukkan tanda syukur kita padaNYA. Tinggal beberapa hari lagi sebelum kita menyambut tahun baru 2012. Penjam celik  - pejam celik, terasa sekejap sahaja setahun berlalu. Namun, adakah kita memperuntuk masa untuk beribadat atau hanya berfoya-foya semata,

ALLAH telah berfirman :


Demi Masa (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (3) Surah Al-Asr : 103

Moga-moga kita tergolong dalam mereka yg beruntung, dengan cara kita muhasabbah kembali kerja tahunan kita.           

Di samping menunggu tibanya tahun baru, saya pula menunggu sehari lagi untuk menjadi PENGANTIN BARU. (He…) Alangkah berdebarnya hati ini menunggu tatkala bersila di hadapan Tok Kadi, bersalam dan melafazkan "AKU TERIMA NIKAHNYA...", semoga ALLAH SWT memberi ketenangan pada diriku, termasuk juga mereka yang seangkatan denfan saya.

Wednesday, 21 December 2011

U ni Cikgu ke? Tak Percaya I!


~Tugasan nanti hantar pada bulan Februari ye cikgu sekalian~

           Itulah ayat yang diungkap oleh pensyarah dari UPSI yang mengajar kelas saya. Alhamdulillah kini sudah masuk hari ke-10 saya bersama rakan-rakan lain mengikuti kursus Diploma Pendidikan yang dikelola oleh UPSI, bertempat di Kolej Poly-Tech MARA, Bangi. Syukur kepada Illahi, kesemua kos ditanggung oleh majikan kesayangan saya iaitu MARA. (He…). Untuk pengetahuan pembaca sekalian, setiap individu yang bergelar cikgu atau guru, yang mengajar pelajar sekolah rendah hingga ke kolej matrikulasi perlu memiliki kelayakan dalam diploma pendidikan, kerana ia mengandungi kursus-kursus asas dalam mengajar. (Di samping itu untuk sah jawatan juga, ehem…). Majoriti peserta yang hadir adalah dari MRSM, disusuli dengan IKM, KM, dan juga KPM.

Thursday, 8 December 2011

Aik? U nak “Dakwah” ke “Dakwa”?

Bismillahir Rahman Nir Rahim

…Fawathiqillah humma rabithotoha…

Doa yang tidak akan dilupakan oleh para mujahid dan mujahiddah. Doa yang punyai roh nya. Doa yang mampu mengikat hati para pejuang untuk bersama menegakkan Daulah Islamiyyah. Tidak kira tokoh mahupun pengikut, doa tetap perlu dipanjatkan kerana hakikat perjuangan bukanlah kita seorang yang dukung, tetapi didukung secara berjemaah (beramai-ramai). Mereka ini yang bergelar “da’ie” atau pendakwah menjadi penyambung kepada rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasullah S.A.W.  Namun, perjuangan itu tidak dihamparkan “carpet” merah, tetapi onak duri merupakan suatu sunnah yang akan dihadapi oleh para da’ie.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut : 2) 

Friday, 18 November 2011

Akhi Ukhti : Ambil Berat vs Ambil Kesempatan


Hooray!!! Cuti Semester sudah dekat!!! Suatu “ayat” yang mengingatkan saya akan zaman muda (universiti) dahulu. Zaman muda merupakan zaman yang paling seronok. Tahu kenapa? Sebab “kerja” saya belajar, exam, dan berprogram. Tambah pula dengan adanya biasiswa, tidak perlu fikir tentang bayaran balik, sekali masuk dekat RM4.5K. Berbanding dengan sekarang, hari-hari punch card, duduk di pejabat buat kerja. Hujung bulan dapat gaji. Memang tiada life terutama kalau tiada masa untuk diri disebabkan kerja yang bertimbun. Tapi apakan daya, selepas belajar 3 tahun, sampai masa kena bekerja juga ,cari nafkah untuk diri dan keluarga.  Dan yang penting, apa yang dipraktikkan semasa belajar, mesti diaplikasikan selepas bergraduasi.

     Di dalam kesibukkan waktu kerja pun, saya masih sempat lagi memikirkan kenangan di zaman muda dahulu, yang mana ada yang pahit, masam, masin, dan manis pun ada. Sekadar menenangkan diri yang tertekan dengan kerja. Namun, dalam “keralitan” ini, timbul pula persoalan pada suatu situasi yang saya alami dahulu pada zaman muda. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan “ambil berat” di antara lelaki dan perempuan. Adakah kita “ambil berat” badan mereka??? (Gurau sahaja).

Allah berfirman


     "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nuur 24:30)

Biar betul U ni? Kejar akhirat macam kejar bola?

ALLAHU AKHBAR!!! 

Alhamdulillah, Bravo dan tahniah diucapkan kepada Skuad Harimau Malaysia kerana berjaya “mengganyang” Skuad Garuda Muda dengan keputusan 1-0. Gandingan antara Mahali Jasuli dengan Syahrul Azwari ternyata membuahkan hasil apabila berjaya menggegarkan gawang gol Garuda Muda. Kesungguhan yang ditunjukkan memberi gambaran betapa bersemangatnya pasukan Malaysia dalam merebut “title” juara. Suatu “title” yang memberi kepuasan, dan kebanggaan kepada diri.

Dalam kontek perbicaraan Islam, Islam tidak melarang sekalipun umatnya daripada mengejar dunia, mengejar kejayaan, mengejar kekayaan, atau mengejar impian sekali pun, walhal menggalakkan lagi.



"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas : 77)